Saturday, June 13, 2009

Dimanakah kebahagiaan untuk ku tuhan....

Aku... anak jati kuala lumpur lahir dari keluarga yang sederhana.
Anak bongsu dari enam orang adik beradik.Anak manja sejak kecil
dan diberi nama timangan Adek. Telah berkahwin sejak 23 tahun
yang lalu dan dikurniakan 3 orang cahaya mata diberi nama
Sarah Shafawati (22) Sarah Shafiqah (18) dan Sarah Shaqira (12).

Hidup ku penuh dengan berbagai dugaan bermula dari pemergian
bonda tercinta pada 13/3/87 sehari sebelum hari lahirku yang ke 23
dan hanya 2bulan1/2 selepas pernikahan ku dan juga semasa aku
sedang mabuk mengandungkan anak sulungku Sarah Shafawati.
Harapan ku supaya ibu dapat membimbing anak manjanya ini
melayari alam rumahtangga tapi sayang sekali tuhan lebih
menyayanginya. Patutlah dia beriya iya sangat aku menerima lelaki
pilihannya yang aku telah kahwini sehingga kehari ini... sekurang-
kurangnya aku telah berkorban demi ibu tercinta dan banyak lagi
pengorbanan yang telah ku lakukan demi kebahagiaan suami. Walau
kebahagiaan untukku tidak kunjung tiba.....

1 comment:

  1. aku ank rahmah yasin..
    akn berangkat ke arau perlis..
    aku akn merindui muuu..
    hehhee
    muah2!
    LEBIH DR UNTIE MYG!!!
    haha

    ReplyDelete